
tasyanasir03
5 tahun
Kerap-kerap sakit kepala, loyar dan cepat berpeluh
Saya remaja perempuan berumur 17tahun… Saya pernah dikatakan mengalami depression dan anxiety… Tetapi saya tidak tahu sama ada ini berkait atau tidak… Sekarang saya kerap ii mengalami sakit kepala , loyar dan cepat berpeluh… Selera makan juga sekejap ada sekejap tak ada… Kadang ii terasa pening dan terhuyung hayang seperti hendak pitam… Apakah faktor atau mengapakah hal ini terjadi? Dan apakah cara untuk merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan. Sakit kepala ketegangan (tension type headache) adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa.
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sel darah merah yang rendah (boleh menyebabkan gejala-gejala yang anda hadapi)
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Justeru, adalah digalakkan untuk merujuk doktor gejala anda ini supaya dapat diubati dan agar tidak menganggu kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila di usia ini, anda perlu fokus belajar. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.