
Sulit
4 tahun
Kerap lenguh kedua-dua belah kaki dan sakit belakang sebelum tidur
Saya seorang prmpn yg berumur 20 tahun. Tiap malam saya kerap mengalami sakit belakang dan lenguh kedua-dua belah kaki sebelum tidur. Ini menyebabkn saya agak sukar untuk tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan untuk kami memahami dengan jelas masalah sebenar yang anda hadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.