
Sulit
4 tahun
Kerap membuang air besar lebih Dr 3 kali 1 hari dan muntah
Saya wanita 32 tahun. Saya ingin bertanya saya kerap membuang air besar setiap hari kebelakangan ini… 1 hari kadang lebih 3 kali tapi najis saya sekejp keras dan sekejap cair seperti cirit. Perkara ini telah belaku lbih Dr 1 bln… adakah ini Perkara biasa
Saya jugak apabila setelah mkn saya makanan saya akan naik semula keluar seperti sedawa setelah saya minum air…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah penghadaman seperti refluks asid
- Inflammatory bowel diseases (ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Irritable bowel syndrome
- Diverticulitis
- Penggunaan ubat-ubatan (julap, antibiotik dsb.)
- Kanser usus
Sukar untuk kami katakan sama ada ia normal ataupun tidak kerana setiap orang mempunyai kekerapan membuang air besar yang berlainan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda perlu memberi perhatian dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah berikut:
- Kerap membuang air besar
- Air besar bercampur darah
- Perubahan dalam kekerapan membuang air besar
- Sakit perut
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan secara mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.