
syafiqahfahini
6 tahun
Kerap Membuang Air Kecil
Saya berusia 20 tahun, saya mengalami, sakit di bawah bahagian perut dan saya kerap kencing, sakit belakang bahagian bahu, pinggang dan kini saya sudah 2bulan lebih tidak datang haid. Saya belum berkahwin dan tidak pernah bersetubuh.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berkenaan dengan masalah haid anda, terdapat beberapa penyebab haid lewat atau masalah haid tidak teratur.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah sakit pinggang dan perut anda boleh disebabkan masalah berkaitan haid atau masalah berkaitan saluran kencing yang juga menyebabkan anda kerap kencing. Antara puncanya adalah:
- Jangkitan kuman
- Masalah diabetes
- Minum terlalu banyak air juga boleh menyebabkan kerap kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.