
Sulit
4 tahun
Kerap membuat ultrasound semasa hamil
Boleh tak scan selalu(sebulan 2-3 kali)semasa hamil

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis scan yang boleh dilakukan terhadap ibu mengandung. Sekiranya scan yang puan maksudkan adalah antenatal ultrasound scan , maka prosedur ini boleh dikatakan selamat.
Secara amnya, semua prosedur perubatan mempunyai risiko. Tetapi, tiada bukti menunjukkan bahawa antenatal ultrasound scan yang dilakukan akan membahayakan ibu atau anaknya yang belum lahir. Oleh itu, prosedur ini dianggap selamat kerana tidak menggunakan radiasi, berbeza dengan prosedur lain, seperti X-ray yang menggunakan radiasi.
Namun begitu, bagi ibu yang tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung, sebanyak 2 atau 3 scan sudah memadai.
Sebaiknya, puan berbincang dan mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.