Sulit
3 tahun
Kerap mengantuk dan kurang selera makan
Saya wanita berusia 23 tahun . Doktor saya ingin bertanya , sejak akhir-akhir ini saya sentiasa rasa mengantuk pada waktu siang walaupun saya mendapat tidur yg mcukupi . Selain itu sy juga hilang selera makan walaupun ketika itu sy berasa sngt lapar . Apa kah sy mengalami masalah ksihatan?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kerap mengantuk walaupun tidur secukupnya. Kami juga kurang pasti tentang masalah kurang selera makan yang dihadapi oleh anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan apa keadaan sebenar anda. Masalah tidur adalah sangat umum. Saya memerlukan perincian yang lebih bagi menjawab persoalan anda seperti masalh sukar tidur, masalah tidak lena, sering terjaga waktu tidur atau lain lain.
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Namun begitu, sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk tidur, di sini saya kongsikan sedikit tips untuk anda. Amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.