
Sulit
4 tahun
Kerap menggigil dan kerap semput..perut selalu berbunyi
Tak demam tapi badan menggigil…saya juga kerap sendawa…perut kembubg dan berbunyi…dan terasa pedih di bahagian tekak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap menggigil ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- kurang kandungan gula dalam darah kerana berpuasa
- gastrik
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.