
amalina.suhaimee
4 tahun
Kerap menghadapi kencing tak lawas dan sakit ketika membuang air kecil . haid tidak datang hampir 2 bulan
Saya wanita belum berkahwin kerap mengalami kencing tak lawas. Saya menghidap penyakit ini berulang kali bulan Jun, September dan Oktober 2020. Sebelum ni jarang sekali untuk saya menghidapi penyakit kencing tak lawas dan kotor. Sakit apabila membuang air kecil. Kenapa masalah ini berulang? Dan saya juga ada masalah kitaran haid tak stabil, bulan September haid saya tak datang sampai hari ni. Kencing saya tak pernah keluar darah. Cuma ada masa vaginal discharge saya sedikit bewarna hijau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kencing. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Untuk masalah haid anda, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda sebelum kami menyimpulkan punca sebenar masalah yang anda hadapi. Masalah vaginal discharge yang sedikit berwarna hijau boleh disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan kuman. Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.