
mardhiahmahat06
5 tahun
Kerap muntah dan cirit birit..perut terasa pedih
Saya kerap muntah dan cirit birit selama beberapa jam smpai sekrang… perut sye terasa terlalu pedih dan sye kne muntah… muntah brwarna hijau dan berak cair… smlm sye mkn roti kelapa dia kantin tmpt sye bekerja… selepas itu sye mkn nsi goreng yg dimasak sndiri serta memakan jajan2 yg telah disimpan sejak hari raya yg lepas… adekah sye trkena keracunan makanan? Perlukah sye brjumpa dktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Masalah sakit kepala dan muntah-muntah boleh terjadi sebagai simtom penyerta masalah yang anda alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.