syiffa.1998
3 tahun
Kerap muntah dan hilang selera makan
Hi doktor saya berusia 21 tahun dan mengalami masalah kerap muntah dan berasa letih. Selain itu, selera makan saya juga makin berkurangan. Pada awal saya fikir ia normal sebab saya akan rasa mual bila nak pms tapi kali ni rasa mual tu melampau bila setiap kali saya makan saya akan muntah. Dah penat makan ubat angin dan ubat tahan muntah tetap tak berhasil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, boleh senak dan sakit yang dirasakan adalah kerana, asid dan isi perut tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.