
Sulit
5 tahun
Kerap muntah selepas makan
Saya wanita berumur 36 tahun…masalah yg sy hadapi, sy kerap muntah selepas makan pd waktu ptg ataupn mlm…tp tidak pada waktu pg dan tengahari. Adakah perkara ni nkrmal ataupn saya perlu mendapatkan rawatan lanjut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- masalah hormon seperti hipertiroid
- Gastrik
- Kehamilan
- Masalah pada esofagus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.