
Sulit
3 tahun
Kerap pening kepala dan kurang selera makan
saya remaja perempuan berumur 17 tahun,sejak kebelakangan ini,saya kerap berasa pening kepala, dan apabila makan, saya berasa lapar , tapi bila makan rasa mcm tak selera. kaki saya juga mengalami sakit². kadang² saya tidak fokus belajar kerana pening kepala , dan kepala saya di bhgian blkng berdenyut.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda kerap pening kepala dan kadang-kadang tidak mempunyai selera makan.
Terdapat beberapa faktor seseorang mempunyai sakit kepala sebegini.
Antaranya:
- Tekanan
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok
- Masalah saraf
- Darah tinggi
- Radang sinus
- Pendarahan
Hanya dengan bercakap dengan anda dan pemeriksaan teliti seseorang doktor dapat memberikan anda suatu diagnosis yang betul.
Rawatan awal yang boleh diambil untuk mengatasi gejala ini adalah
- Mengambil air yang secukupnya
- Mengenal pasti dan mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan serangan seperti cahaya yang terang, bunyi yang kuat dan sebagainya.
- Berehat secukupnya kerana tidur yang mencukupi boleh mengelakkan serangan migrain
- Menjaga pemakanan seperti kafein dan alkohol
Namun demikian anda disarankan untuk berjumpa dengan seseorang doktor yang berdekatan jikalau masalah ini berlarutan.
Masalah pemakanan anda juga mempunyai beberapa punca yang perlu dikenal pasti doktor.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.