
Sulit
3 tahun
Kerap pening kepala, sesak nafas pada waktu malam dan batuk
Saya kerap mengalami pening kepala, sesak nafas pada waktu malam dan batuk . Perlukah saya menjalani ujian saringan covid-19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami.
Untuk maklumat anda, perkara ini perlu diberikan perhatian segera oleh anda dan doktor kerana ia mengganggu tidur anda dan menyebabkan anda susah bernafas. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Darah tinggi yang tidak terkawal
- Obstructive sleep apnea
- Pedih ulu hati atau GERD
- Jangkitan paru-paru
- Anemia atau kekurangan darah merah
Anda perlu berjumpa doktor dengan segera kerana kami bimbang ia mungkin berpunca daripada sesuatu yang lebih serius dan berkemungkinan boleh menjadi lebih parah.
Berikut merupakan antara gejala lain yang perlu diberikan perhatian ( red flags ) dan anda dikehendaki berjumpa dengan doktor segera:
- Pening kepala
- Gangguan penglihatan
- Sakit dada
- Pitam
- Gangguan aktiviti harian
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.