
syahtu9
4 tahun
Kerap pitam Dan Susah untuk tidur
Saya pelajar yang berusia 16 tahun. Saya mengalami anemia tahun lepas Dan Saya sudah buat check up dengan doktor. Dan sekarang Saya okay tetapi sejak akhir ii ini Saya Susah untuk tidur Dan kerap pitam . Adakah ianya Ade kaitan dengan anemia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur. Antaranya ialah:
- Stres dalam kehidupan harian
- Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
Terdapat beberapa punca yang lain juga selain daripada anemia boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:
- Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,sememangnya kekurangan darah merah atau anemia boleh menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Sesak nafas
- Pitam
- Sakit kepala
Ia juga menyebabkan seseorang:
- Pucat
- Kurang tenaga dan sering letih
- Kondisi yang teruk boleh menyebabkan masalah yang dipanggil “pica” di mana seseorang itu mula makan atau mengidam sesuatu yang pelik seperti pasir kerana kekurangan zat besi yang teruk ini
Anda boleh mengambil langkah pertama dengan mengambil supplement zat besi serta mengamalkan pemakanan yang kaya zat besi seperti sayur bayam, kekacang, daging merah dan hati.
Masalah anemia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti pendarahan dalaman. Oleh itu, jika simptom anda berterusan atau tidak pulih selepas mengambil supplement zat besi, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar punca anemia anda dapat dikenal pasti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan dpihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut. Terima kasih.