
nurulainmazlan92
4 tahun
Kerap pitam/pengsan
Saya wanita berumur 27 tahun.belum berkahwin dan bekerja (8.30 pagi-6petang).memandu ke tempat kerja seawal 6.30 pagi dan perjalanan mengambil masa sejam-sejam stgh. Masalah yang saya hadapi:
- mudah tertidur seketika ketika memandu terutama pada waktu pagi.walaupun sudah cukup rehat
- selalu mengalami pengsan/pitam terutamanya apabila ketika dtg bulan. (2013)
Pernah pitam selepas bangun dari tidur (2019) (2006)dan pemeriksaan angiogram mengatakan jantung saya tiada masalah.
Pernah juga pitam ketika hiking (2018), demam denggi (2007), demam biasa (2002)
Saya seorang yang aktif bersukan tetapi bila selalu pengsan/pitam saya dah had kan aktiviti luar.
Apakah yang boleh saya buat untuk mengatasi masalah ini? Sebab hanya saya seorg je yg mengalaminya daripada adik beradik saya yg lain.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ada banyak istilah yang dilabelkan untuk masalah kesihatan ini. Gelap mata, pitam atau pengsan. Pada peringkat permulaan, seseorang mungkin rasa pening-pening tanpa disedari tiba-tiba dia jatuh pengsan. Apapun istilah yang dikaitkan dengan keadaan ini ia adalah suatu fenomena biasa.
Walaupun lazimnya ia bukanlah sesuatu yang begitu berbahaya, namun individu yang pengsan terdedah kepada kecederaan. Adakalanya ia juga petanda bahawa seseorang mempunyai masalah sistem kardiovaskular atau sistem saraf.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih