
Sulit
5 tahun
Kerap pitam secara tiba2 tanpa rasa sakit kepala dan pening
Sya wanita brusia 28tahun, sya sejak kebelankangan ni sya sering dn kerap pitam secara tiba2 tanpa rasa sakit kepala dn pening dlm posisi duduk dn ketika brjln… sebenarnya 5bln yg lepas hal yg sma berlaku ke atas diri sya… dan sdh beberapa kali ke klinik dn ke hspital untk membuat pemeriksaan tetapi hasil nya NIL… tekan darah semuanya baik dn tiada kencing manis… family history sya ialah, my late father adalah pesakit kanser with the diagnosi Lung cancer with brain metatasi stage 4 and my mother pula, pesakit diabetis dn hypertension blood… sya nak tanya apa punca atau sebb kenapa sya kerap mengalami pitam dn rasa berdebar?.. and for you information sya adalah pesakit kronik, Prolapes Intervertebral disc L5-S1 dn tahun sya d sah olh doktor orthopeadic ada 1 lgi disc yg trgelincir di bahagian Cervical sya… ada ka ianya juga blh di kaitkn dgn rasa pitam sya??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mudah pitam dan sakit kepala atau pening boleh berpunca daripada:
- Anemia atau kurang darah merah
- Tekanan darah rendah
- Masalah tiroid
- Hypokalemia
- Masalah jantung lemah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana semasa pitam anda mungkin tercedera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.