
Sulit
5 tahun
Kerap rasa nak kencing dan tak tahan
Hi doctor. Beberapa tahun lepas, saya pernah kena kencing kotor, tapi dah lama tak kena.
Saya baru shj berkahwin 5 bln, dan penyakit kencing kotor kembali semula sejak berkahwin, kadang2 elok dan kadang2 kembali sakit tersebut.
Namun, setelah 2 hari berpuasa… hari ni saya jadi sangat tidak tahan nak terkencing sampai terkencing dlm seluar sebelum sampai toilet, selepas berbuka puasa rasa nak terkencing tu hilang dan pundi kencing rasa ok je.
Kenapa ye dengan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang tuan berikan, gejala kerap kencing serta kepedihan pada pinggang boleh disebabkan:
Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
Kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.