
Sulit
3 tahun
Kerap rasa tercelik dan tidak selesa pada leher
Saya wanita berumur 41tahun… Kebelankangan ini saya mengalami rasa tercekik pasa leher rasa tidak selesa untuk bernafas… Adakah ianya berkaitan dengan enzaiti … Saya juga sangat kerap sendawa dan kentut… Rasa x selesa pada perut… Ada juga rasa loya… Yang paling saya risau rasa tercekik ini.sangat2 menganggu saya… Mohon pencerahan doktor…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut keterangan anda, anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang gejala kerap terasa tercekik pada leher sehingga tidak selesa bernafas, yang disertai gejala
Untuk pengetahuan anda, gejala tekak terasa sempit, ketidakselesaan perut, gas yang berlebihan dalam tubuh disertai gejala lain seperti mual, sesak nafas boleh berpunca gangguan pada saluran pencernaan yang disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk:
- berat badan yang berlebihan (obesiti)
- stres atau cemas (anxiety)
- pemakanan yang tidak sihat
- merokok
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh gangguan yang lebih khusus sehingga memerlukan rawatan segera seperti
- GERD
- Achalasia
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.