
Sulit
5 tahun
Kerap Sakit Bahagian Perut
Saya wanita berusia 36tahun, sudah berkawin dan mempunyai anak berumur 11tahun.
Sudah setahun saya mengalami sakit perut yang datang dan pergi yang akan berlaku sebulan pasti akan sakit dan akan berlarut sehinggan 5 atau 4hari.
Rasa sakitnya macam kena senggugut dan rasa ingin membuang air besar… setiap kali diserang sakit ini saya kena ambil ubat gastrik dan sapu minyak angin bagi mengurangkan rasa sakit…Adakah saya sakit perut disebabkan gastrik atau ada masalah lain??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut kronik (kerap) yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks
- Penyakit ulser perut
- Sembelit
- Perubahan hormon
- Masalah ovari seperti ovari terbelit atau sista (cyst) dalam ovari
- Penyakit iritasi usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.