
nurazila1217
5 tahun
Kerap sakit dada dan tak selesa di bahagian dada
saya berusia 19tahun dan saya seorang perempuan…saya mengalami sakit dada yg sgt kerap dan berasa amat tak selesa mengenainya…saya ada ke klinik utk membuat pemeriksaan namun doktor tersebut kata saya cuma ada masalah hormon dan dia tidak memeriksa keadaan jantung atau paru2 saya pun…saya pernah mengalami sakit jantung berlubang sekitar usia 1-3 tahun dan telah pulih seterusnya…saya berasa simptom2 yg saya miliki menunjukkan saya sedang menderita penyakit paru2 berair…saya pelukan lebih penerangan…

5 tahun
Terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, ciri-ciri penyakit sakit paru-paru berair adalah seperti sesak nafas, batuk tidak berkahak, sakit dada yang menjadi lebih serious semasa tarik nafas dengan dalam. Anda disarankan untuk tidak membuat kesimpulan dengan tersendiri sebelum mendapatkan ujian dan pemeriksaan yang lebih teliti.
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih