
Anonymous
5 tahun
Kerap sakit kepala dan gangguan tidur pada waktu malam
saya elin berumur 30 tahun.mempunyai 4 orang anak yang masih kecil.saya mengalami gangguan emosi disebabkan kesempitan hidup.dari saya kecil sehingga saya berkahwin pelbagai masalah yang datang.bermula dari awal pernikahan saya.3 bulan selepas berkahwin saya dapati suami saya mempunyai isteri lain.saya bermadu…dari situ saya mengalami gangguan emosi yang cukup stress.saya kehilang ibu 3 tahun yang lepas.saya masih tidak boleh terima pemergian ibu saya kerana saya dibesarkan oleh ibu.ayah saya hilang samasa umur saya 6 bulan… apa patut saya buat dokter.sekarang saya kerap bergaduh bersama suami.dan kadang kadang saya cuba untuk cederakan diri sendiri.sering merasa ingin bunuh diri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stres dalam kehidupan seharian
- Aktiviti, pelancongan dan jadual harian yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur adalah salah satu tanda sakit mental.
Berdasarkan simptom simptom yang anda alami ia berkemungkinan besar adalah masalah psikatrik. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan berkongsi masalah bersama teman/keluarga, tenangkan fikiran dan jika masalah ini berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan pakar dalam bidang tersebut untuk rawatan yang selanjutnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih.