Sulit
3 tahun
Kerap sakit kepala dan hidung berdarah
saya seorang pelajar ipt … sering sakit kepala dan hidung berdarah, kadang2 saya terasa yg darah itu mengalir turun ke tekak. sakit kepala pula sangat sakit dlm dua keadaan iaitu waktu nak tidur dan waktu baru bangun dari tidur. dan waktu biasa, hanya sakit kepala biasa . selain itu,tekak saya sakit dan haritu saya berjumpa dengan doktor, dia kata tekak saya ada merah2 kemungkinan virus, dan ada masa saya akan berasa sakit kalau ingin makan dan minum begitu juga dengan menelan air liur. sakit kat tekak ini memberi kesan sehingga leher saya kiri dan kanan sangat sakit terutama apabila ingin membuat sesuatu pergerakan. gejala sakit kepala yang kerap, hidung berdarah kerap, sakit tekak dengan leher ini sudah lebih dari 3 bulan doktor. sebenarnya apa yang terjadi? adakah saya ada sesuatu penyakit? mohon pencerahan …
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda sakit kepala kemungkinan simptom kepada penyakit:
- migrain yang mempunyai ciri-ciri sakit yang teruk di satu bahagian kepala.
- tekanan (tension headache)
- penyakit serta ketegangan pada dalam mata (cluster headache)
- kejang otot
- tekanan darah tinggi
Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera jika anda mempunyai gejala ini:
- demam
- pengsan
- loya dan muntah
- kekejangan pada tengkuk dan leher
- kebas di satu bahagian anggota badan
- kesukaran untuk melihat, bercakap atau berjalan
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Hidung berdarah adalah sangat lazim dan boleh mempunyai beberapa punca:
- Udara kering
- Selsema
- Trauma pada hidung akibat menghembus hidung terlalu kuat atau kerana mengorek hidung
- Pengambilan ubat alahan
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang isu ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.