
Sulit
4 tahun
Kerap Sakit kepala dan lesu
Saya perempuan 18 tahun saya setiap hari sakit kepala tetapi masih boleh bertahan. Semasa saya buat kerja atau cuaca sejuk sakit kepala saya teruk sampai xblh melakukan sebarang kerja dan berjalan.jika saya masih meneruskan kerja saya akan pengsan. Selalunya saya duduk mengambil masa 30 minit atau sejam untuk jadi sakit kepala biasa. Semasa sakit kepala teruk tangan dan kaki saya sangat sejuk dn tangan urat tangan saya bertukar warna biru pekat dan timbul dan juga berasa Berat sikit bernafas.Saya pernah mengalami semasa umur 16 pada bulan 11 tetapi doktor masih tidak menjumpai punca. Mengambil masa berbulan untuk pilih tetapi tidak sepenuhnya dan pada tahun ini jadi Balik seperti dulu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Migrain
- Anemia atau kurang darah merah
- Hipoglisemia atau kurang gula di dalam badan
- Ketumbuhan atau kecederaan lampau di kepala
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Untuk makluman anda, perkara ini perlu diberi perhatian oleh anda dan doktor kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan pemeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mencari puncanya. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Demam
- Pengsan
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Kesukaran bernafas
- Gangguan penglihatan (visual disturbances)
- Leher keras
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai inkuiri dan masalah anda. Terima kasih.