
Sulit
4 tahun
Kerap Sakit Kepala dan Sukar Tidur Malam
sukar tidur sebab sakit kepala. tak cukup tidur maybe . one day tertidur and suddenly terjaga dari tidur , berpeluh dan nafas laju . saya jadi risau . adakah sebab resah ? panic attack ? anxiety ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan sakit kepala, malah kegelisahan yang melampau, gangguan untuk memberi fokus di siang dan lain-lain
Walau bagaimanapun, ia tidak menutup kemungkinan gejala anda diiringi dengan
- gangguan cemas
- gangguan panik
- sakit kepala yang disertai gangguan tidur
- mahupun kondisi psikologi lain yang memerlukan rawatan doktor
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.