
Sulit
3 tahun
Kerap Sakit Kepala Di Bahagian Belakang Kiri Kepala
Saya, seorang perempuan berumur 25 tahun. Saya mengalami masalah kerap sakit kepala dan sakit perut dari berumur 7 tahun. Pelbagai doktor yang sudah saya jumpa, dan kebanyakannya memberikan jawapan - Migrain. Namun begitu, sakit tersebut berkurangan selepas saya berumur 18 tahun. Tetapi dalam 3-4 minggu kebelakangan ini, sakit kepala saya kembali lagi. Saya berasa sakit di bahagian kepala di sebelah kiri, bahagian belakang kepala sehingga ke bahagian tengkuk dan bahagian bawah bahu di sebelah kiri. Saya juga sering berasa tidak bermaya selain mempunyai masalah keputihan yang agak ketara. Namun begitu, kitaran haid saya adalah normal. Adakah saya mempunyai apa-apa masalah? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala secara kerap. Anda juga memaklumkan anda mengalami masalah keputihan. Kami akan cuba membantu anda.
Mengenai sakit kepala anda, punca utama sakit kepala pada sebelah bahagian adalah migrain. Namun, ada punca-punca lain untuk masalah sakit kepala anda, iaitu :
- Dihidrasi
- Masalah penglihatan
- Kekurangan tidur
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Manakala, masalah keputihan anda boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada sistem reproduktif seperti :
- Jangkitan chlamydia
- Jangkitan candidiasis
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Penyakit radang pelvis
Kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala anda bertambah teruk ataupun berpanjangan. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor kami dengan lebih lanjut melalui konsultasi atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.