
Anonymous
5 tahun
Kerap sakit kepala migrain dn kencing brdarah
Saya dua hari sekali kerap migrain. Smpai tahap teruk . muntah… kekejangan dn xblh kena air. Sejuk…demam stiap hari…ada bunjulan d bawah ketiak…dn kencing kluar drah .dktr kata buah pgang…sbb dh x-ray . Tp bila chek balik…xde…so mcm mn tu dn apakh tanda ² itu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala.
Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Antara penyebab kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.