nurinnizam24
6 tahun
Kerap sakit kepala yang berterusan
Anak perempuan saya yang berusia 15 tahun kerap mengalami sakit kepala yang lama.Dari semalam sehingga hari ini dia sakit kepala.Dia juga hilang selera makan.Apakah puncanya dan kesan kepadanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang dihadapi anak anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sakit kepala tegang - faktor seperti stres
- Sakit kepala migrain
- Jangkitan kuman - seperti keracunan makanan, jangkitan saluran kencing
- Masalah ketidak-stabilan hormon - sindrom menstruasi
- Masalah mata seperti rabun
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































