
Sulit
5 tahun
Kerap sakit kepala yang teramat
Saya berusia 20 Tahun. Saya kerap mengalami sakit kepala sepanjang masa doktor. Sebelum tidur, selepas bangun tidur pun tetap rasa sakit kepala. kadangkala siang hari pun terasa sakit. Nak kata sebab tidur yg berlebihan pun tk juga doktor. saya tidur awal dan bangun awal, tidak lebih tidur doktor.Saya mudah sakit kepala yang teramat. jadi Boleh saya tahu apa puncanya dan cara mengatasinya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.