Sulit
4 tahun
Kerap sakit perut dan cirit
Sya wanita 27 tahun… perut saya selalu pedih sebelum da selepas makan dan sakit… sampai sya mengalami cirit yg truk… dan slalu mual dan pening… dah 2 bln mcm ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut dan cirit-birit yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Sakit senggugut semasa kedatangan haid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta mengganggu aktiviti harian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























