Sulit

3 tahun

Kerap sakit perut dan sesak nafas

Hello doktor , saya remaja perempuan berumur 18 tahun . Ketika saya berumur 16 tahun saya sering merasa loya dan sakit perut dan akhirnya saya disahkan gastrik pada umur 17 . Saya juga mempunyai alahan terhadap beberapa makanan .Sekarang saya masih kerap sakit perut . Kadang sakit di bahagian kiri . Kadang di tengah bwah pusat . Saya juga sering merasa sesak dada kebelakangan ini tapi itu cumalah sekejap . Loya sering terasa kalau lepas makan atau pun belum makan . Saya juga cuma memakan makanan dalam kuantiti yang sedikit . Jika saya ada selera dan mengambil dalam kuantiti yang banyak berbanding sebelumnya tidak lama kemudian saya pasti akan sakit perut membuangnya . Adakah ini normal atau saya harus pergi memeriksa lagi di klinik berhampiran ? Atau ini cuma gejala biasa bagi seorang yang menghidap gastrik ? Sebab saya tidak ada mengalami demam

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala loya selepas makan atau sebelum makan, sakit perut pada bahagian kiri dan tengah bawah pusat atau selepas makan banyak, disertai gejala sesak yang kadangkala berlaku. Anda juga ingin mengetahui sekiranya gejala-gejala tersebut berhubungkait dengan masalah gastrik. Kami akan cuba membantu anda.

Umumnya gastrik adalah masalah yang lazimnya ditemukan oleh masyarakat. Ia merupakan gangguan dari pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik dalam organ perut yang tidak terkawal. Antara gejala gastrik yang sering ditemukan adalah:

  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Kembung perut
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan

Namun begitu, gejala sakit perut dan loya yang berterusan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:

  • Peptic ulcer
  • GERD
  • Ketumbuhan pada saluran pencernaan

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_271231935

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)