
Sulit
3 tahun
Kerap sakit seluruh kepala
Sy wanita berumur 27, berkahwin sdh 4tahun dn belum mempunyai anak Sejak beberapa bulan yg lalu, sy kerap sakit kepala kiri kanan dan lebih kerap berlaku di belakang kepala. Sy mmg ada migrain sudah setahun lebih… Sy xtahu punca yg menyebabkan sakit kepala berulang setiap hari. Kalau tunduk mahupun keluar di waktu panas mesti sakit kepala. Adakah normal? Mata sy pun tiada masalah setelah jumpa pakar mata. Boleh saya tahu punca atau jalan penyelesaian? Tq doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, gejala sakit kepala boleh berpunca daripada banyak perkara. Antaranya :
- Stres
- Gaya hidup kurang aktif
- Pengambilan kafein yang berlebihan
- Kekurangan minuman air
- Dehydrasi
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Migrain
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Bagi membolehkan kami memberi nasihat yang tepat kepada anda, kami memerlukan maklumat tambahan dan sejarah perubatan anda. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Selain itu, anda boleh mencegah sakit kepala dengan mengubah gaya hidup anda dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pastikan anda minum air secukupnya dan mengurangkan pengambilan kopi atau teh. Anda juga boleh melakukan senaman ringan atau yoga untuk mengurangkan stres.
Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.