
Sulit
4 tahun
Kerap sedawa , nafas menjadi pendek ,bdan mnjadi sejuk panas
Hai doc . Saya masalah ni dari bulan 3 . Kerap sedawe , pening kepala , nafas pendek , pening kepala , mual² , muntah angin , sakit di rusuk , kebas² , sakit tekak , badan menjadi sejuk panas . Saya dah pegi utk dptkn rawatan di hospital . Ecg test dan xray pun telah d buat . Doc ckp takde ape² . Ape yg patut lakukan sekarang ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan anda mempunyai gejala sakit dada , nafas pendek, kerap sendawa dan mual serta muntah. Setiap simptom tersebut boleh saing berkait ataupun merujuk kepada sakit yang berbeza. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan asma
- kekurangan sel darah merah
- tekanan darah rendah
- serangan sakit jantung
- trauma pada tulang rusuk
- ulser pada perut
- keresahan / serangan panik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.