Sulit
2 tahun
Kerap sendawa badan lesu dan kepala melayang
Saya lelaki berumur 26 saya sering selepas makan angin naik dikerongkong serta kerap sendawa kadang2 angin trsekat ditekak sukar sendawa badan rasa lesu berangin ja dan kepala rasa seakan melayang tetapi tidak pening saya nak tanya adakah itu gejala gerp atau gastrik?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan perut, kerap sendawa, loya dan lesu. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala yang anda terangkan boleh berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman anda. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Gastritis
- Ulser perut
- GERD (Asid refluks)
- Indigestion
- Intoleransi makanan (Food intolerance)
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat dan anda dapat diberikan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.