
blasty37
5 tahun
Kerap sendawa dan sakit ditengah dada
Sy ialah seorang lelaki melayu berusia 35 tahun. Sejak tahun lepas sy mengalami sendawa yg kerap. Sy ingat mungkin angin sahaja. Tetapi sehingga kini sendawa itu masih ada dan kerap berlaku. Pada hari isnin minggu ini tiba2 sy mengalami sakit di tengah dada dan berasa sesak nafas ketika waktu mlm dan menggangu tidur sy. Sakit ini telah terjadi 4 kali setakat ini. Mohon beri pencerahan apakah penyakit yg ada pd sy ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pada pendapat saya, anda sedang mengalami penyakit refluks gastroesophageal atau biasanya dikenali sebagai GERD. Ia adalah keadaan di mana asid perut anda mengalir kembali ke esofagus yang merupakan tiub yang menghubungkan mulut anda ke perut. Dalam situasi yang normal, asid perut tidak akan refluks kerana terdapat sphincter/injap pada pembukaan perut anda yang menghalang asid daripada keluar ke esophagus. Apabila sphincter menjadi lemah atau tidak normal, asid akan masuk ke esophagus.
Refluks asid mengganggu lapisan esophagus, menyebabkan simptom-simptom yang anda sedang alami. Simptom-simptomnya termasuklah pedih ulu hati dengan rasa terbakar di tekak, sakit dada, kesukaran menelan dan sensasi benjolan di leher anda. Gejala-gejala ini akan bertambah buruk apabila anda berbaring atau melangkau waktu biasa untuk anda makan. Selain itu, merokok dan pengambilan makanan pedas boleh membuatkan keadaan ini menjadi lebih teruk.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih