
Sulit
4 tahun
Kerap terjaga pada waktu malam dan juga mimpi
Wanita berumur awal 30 an. Selalu terjaga pada waktu malam iaitu pukul 2-3 pagi (untuk makluman)… dan susah untuk tidur balik. Kadang kadang bermimpi perkara perkara yg agak seram. Perkara ini dh berlarutan agak lama mgkin dalam 2-3 tahun lebih kurang

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh diikuti dengan mimpi perkara yang seram (nightmare), ia juga boleh mengganggu rutin harian kita di siang hari.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.