
Sulit
3 tahun
Kerap terkencing waktu tido
Saya wanita berumur 24tahun. Saya mengalami masalah kerap kencing dalam waktu tido. Harini 2 kali terkencing dalam tido. Saya risau ada apa2 penyakit yg serius. Perlukah saya bawa jumpa doktor?? Sebab baru harini terjadi

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kerap kencing semasa tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- saiz pundi kencing kecil
- jangkitan salur kencing (UTI)
- tekanan, ketakutan, atau rasa tidak selamat
- gangguan neurologi, seperti selepas strok
- apnea tidur
- sembelit
- penyakit kencing manis
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.