
Sulit
3 tahun
Kerap terkucil semasa melakukan aktiviti
Saya wanita 20an saya kerap ke tandas untuk kencing, tapi bila kencing tak puas jenis kencing sikit sikit . Saya juga ada masalah lain seperti bila ketawa,bersin atau lompat cepat terkucil . kenapa ye doktor ? dan macam mana untuk atasi masalah saya nih . terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah terkencing yang sering berlaku serta rasa tidak puas semasa kencing. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyakit yang mempunyai kumpulan gejala seperti yang di atas. Contohnya adalah:
- Jangkitan pada salur kencing
- Batu karang
- Kelemahan lantai pelvis
- Kecederaan pada saraf kencing
- Obesiti
Berikut merupakan senarai umum mengenai perkara yang boleh menyebabkan simptom anda. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis yang tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal.
Kami menasihati anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kami secara atas talian. Terutama sekali jika anda mempunyai perubahan abnormal pada warna air kencing. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.