Sulit
5 tahun
Keresahan/kebimbangan
Sy kerap mengalami masalah ini hingga mengganggu kehidupan. Sy kelihatan normal kpd org lain namun sy sentiasa rasa tertekan, menyebabkn sy sentiasa keletihan, kurang daya tumpuan, dan tidak suka bertemu org. Olek kerana tugas sy memerlukn sy berhadapan dgn org ramai kebiasaannya sy akn sgt tertekan lama sblm sesuatu pertemuan berlaku.
Sy berumur 50 thn dn berpendidikn tinggi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah tiroid
- penyakit kebimbangan atau anxiety disorder
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar psikiatri untuk penilaian psikiatri yang lengkap. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























