
Sulit
4 tahun
Kering tekak dan cirit birit. Persoalan mengenai covid 19. Adakah ada kaitan, dan saya perlukan penjelasan tentang tindakan lanjut yg perlu saya lakukan
Saya wanita. Hari ini sy mengalami cirit birit dan kering tekak bukan sakit tekak. Dalam masa yg sama, saya juga sedang didatangi haid. Adakah ini simptom biasa apabila didatangi haid atau bagaimana doktor.
Kedua, saya ada baca simptom covid 19.adakah pesakit akan mengalami semua simptom atau beberapa shj

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah cirit-birit dan tekak kering yang berlaku pada waktu kedatangan haid anda. Simptom-simptom tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, gejala tekak kering adalah berkait dengan cirit-birit kerana masalah cirit-birit ini akan menyebabkan kehilangan air yang banyak dari badan anda, dan ini akan menyebabkan badan anda dalam keadaan dehidrasi. Oleh itu, dehidrasi ni akan menyebabkan tekak anda terasa kering dan sedikit pedih.
Kemungkinan besar masalah anda ini adalah berpunca daripada gejala cirit-birit secara langsung, dan ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Keracunan makanan
- Alahan pada makanan
- Jangkitan kuman atau virus pada usus
- Penyakit keradangan usus
- Masalah penghadaman seperti Celiac’s disease
- Makan makanan pedas atau meminum kopi secara berlebihan
- Irritasi toksin seperti kandungan rokok.
Pada biasanya, pesakit COVID-19 ini akan mengalami cirit-birit dan sakit tekak. Namun, simptom yang lebih khusus adalah sesak nafas, batuk dan demam yang merupakan simptom-simptom yang wajib ada pada mana-mana jenis jangkitan virus atau bakteria dalam paru-paru. Oleh itu, sekiranya anda tidak mengalami gejala batuk atau sesak nafas, masih terdapat kemungkinan bahawa anda tidak mengalami jangkitan tersebut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Walaubagaimanapun, kami nasihatkan anda untuk sentiasa mematuhi arahan SOP yang ditetapkan, memakai topeng muka, amalkan jarak sosial serta menjaga kebersihan diri secara am terutama sekali jika berada diluar rumah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.