
Anonymous
5 tahun
Kerisauan pendarahan kitaka hamil
Sya hamil 2 bulan…msalah sy Ade masalah pendarahan yg sikit…warna die merah pekat…adakah itu mslh biasa??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan ketika awal kehamilan boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan ektopik - luar rahim
- Penyakit trofoblast
- Polip/fibroid di serviks/rahim pecah
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.