
Sulit
3 tahun
Kerisauan tentang pil perancang postinor2
selepas bersama saya ambil pil perancang postinor2 mengikut aturannya tetapi selepas tiga hari saya muntah dan saya bimbang ubat itu tidak berkesan,apakah yang perlu saya lakukan untuk tidak hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang keberkesanan pil perancangan kecemasan. Untuk makluman anda, secara umum, anda akan tahu pil perancang kecemasan tersebut telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal sekiranya cara pengambilan tablet anda patuhi dengan betul.
Namun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi