
Sulit
4 tahun
Kerisauan tentang seseorang yg bersin bersebelahan
Sy lelaki berusia 31 tahun.baru2 ini saya ada ke pasar raya.lalu seorang wanita bersin di sebelah saya
Tetapi saya memakai mask pada ketika itu.bolehkah virus menjangkiti sy wlupon sy memakai mask?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, face mask atau pelitup muka boleh menghalang penyebaran titisan udara seperti bersin, batuk dan sebagainya. Walaubagaimanapun, titisan air hasil daripada bersin tersebut boleh tersebar dan melekat pada tangan atau permukaan badan kita. Kita tidak dapat memastikan orang lain untuk sentiasa memakai topeng muka ketika bergejala apatah lagi hendak menahan bersin orang tersebut, tetapi apa yang kita boleh buat ialah dengan kerap mencuci tangan dan memastikan kebersihan diri sentiasa terjamin. Dengan itu kita boleh menghalang diri daripada dijangkiti.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.