
Sulit
3 tahun
Kerisauan yang terlampau
Saya mudah risau sangat sampai rasa nak bunuh diri. Emosi perasan saya memang tak stabil. Dan pernah banyak kali cuba lukakan diri sebab bagi saya itu sahaja cara untuk saya rasa puas dan lega. Sebenarnya dah lama jadi macam ni sejak umur 17@18 tahun dan sekarang saya berumur 22 tahun. Dulu pernah nak minta khidmat pakar psikiatri , tapi mostly berbayar dan saya selalu fikir saya bukan gila sampai nak jumpa pakar. Tapi kali ni saya nak sangat tahu apa masalah kesihatan yang saya alami. Harap bantuan dan pertolongan dari pihak tuan/puan.

3 tahun
Hi,salam sejahtera dan terima kasih kerana pertanyaan penting ini.
Kami sangat memahami kebimbangan anda,dan sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda,kecelaruan fikiran yang tidak dapat dikawal mestilah diambil berat sepenuhnya kerana ianya boleh memberikan bahaya yang teramat sangat kepada seseorang walaupun mudah dikawal jikalau menerima rawatan.
Selain itu,masalah sebegini juga biasa dalam golongan masyarakat dan apa yang merisaukan adalah ianya diabaikan kerana was-was untuk berjumpa dengan doktor atau diremehkan.
Masalah sebegini sangat penting untuk dirawat segera kerana ini merupakan suatu masalah yang boleh ditangani bersama dan tidak diabaikan.
Jikalau diabaikan masalah ini akan hanya memberikan kesan besar kepada anda dan rawatan akan bertambah sukar.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk masalah sebegini sebelum kita mempunyai diagnosis sebenar…
Walaupun servis pakar berbayar,adalah amat disarankan anda mengambil nasihat pakar dan memulakan rawatan.Ianya hanya stigma untuk mengatakan seseorang tidak boleh mendapat nasihat pakar psikiatri.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan sokongan emosi untuk rakan anda daripada befrienders di talian 03-79568145 yang beroperasi selama 24 jam secara percuma
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Untuk bercakap dengan pakar psikiatri