
Sulit
5 tahun
Kerongkong berlendir dan sukar tidur
Saya berumur 37 tahun.
Saya mengalami kerongkong berlendir dan batuk. Kadangkala berpeluh di belakang kepala dan tengkuk. Hidung kadang kala tersumbat ketika kering. Tiada demam. Pernafasan seperti biasa.
Saya telah ke klinik dan doktor bertugas mengatakan tekak saya bengkak. Saya telah diberi ubat antibiotik, selsema, sakit tekak serta ubat batuk.
Saya tidak dapat tidur kerana kerongkong terasa kurang selesa seperti ubat tidak berkesan.
Apakah cara untuk mengatasi masalah ini.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Allergic rhinitis
- Jangkitan bakteria atau virus lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.