
april.reeve1980
4 tahun
Kerongkong menyempit dan bernafas tapi rasa tidak sampai
Saya wanita umur 40 tahun.beberapa hari ini saya rasa kerongkong saya sempit dan rasa nafas tidak sampai dan tidak puas bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kesukaran bernafas.
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab berlakunya kesukaran atau ketidakselesaan bernafas seperti:
- asma
- penyakit COPD (bronkitis kronik & emfisema)
- jangkitan paru-paru (pneumonia)
- alahan
- anemia
- serangan jantung
- tekanan darah rendah
- saluran darah paru-paru tersumbat
- pengecutan paru-paru
- kegelisahan
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun sekiranya anda mengalami gejala gejala dibawah, sila ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut:
- sesak nafas secara tiba-tiba
- tidak boleh melakukan aktiviti harian atau sesak nafas ketika rehat
- sakit dada
- loya
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.