
Sulit
4 tahun
Kerongkong rse gatal sgt
Salam doc,sy gadis 20 an,kenapa ya setiap kali sy demam dan mengalami batuk, dan kdg tiba2 tekak saya diserang rse gatal sgt sgt seterusnya bile dah gatal tu saya akan batuk sekuat kuatnye dlm mse yg lama sbb nk hilgkn rse gatal di tekak sy tu.walaupun sy dh minum air tpi msih sama rse gatal. apa ya punca dia ,dan ape ya penawar nya, sbb ia buat saya tk selesa lagi2 bile dpn org lain.sbb ia trjadi pd bile2 mse shje.mohon bantu. Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerongkong yang terasa gatal. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Karang tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang sinus (sinusitis)
- Iritasi pada hidung
- Jangkitan telinga
Pemeriksaan lanjut oleh doktor haruslah dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan supaya rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mencuba mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Penyediaan minuman suam seperti teh dengan madu ataupun air lemon. Ia membantu melegakan sakit tekak anda.
- Menghisap lozenges yang membantu mengurangkan kesakitan.
- Rehatkan tekak anda dengan mengurangkan percakapan.
- Makanan elak untuk batuk termasuk makanan pedas, kering dan keras. Contohnya kari ataupun biskut kering.
Kami sarankan anda untuk memantau gejala yang anda alami dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda melarat.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih