
amniey654
4 tahun
Kerongkong terasa sempit dan susah hendak menelan
Ayah saya berumur 63 tahun dan berasa kerongkong sempit susah nak telan makanan. Apakah yang berlaku ya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kerongkong (Pharyngitis)
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung seperti angina atau serangan jantung
- Kegelisahan (Anxiety)
- Masalah saraf di sekitar leher
- Terdapat ketumbuhan yang menyumbat saluran makan seperti tumbesaran tiroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.