
jardnardmaryam
5 tahun
Kerongkong terasa sempit
Sy wanita berusia 31 tahun. Sy sudah alami masalah kerongkong terasa sempit sejak minggu lalu. Minggu lalu sy ada sakit di bahagian belakang badan. Pada masa sama, kerongkong sy terasa zempit dan tidak puas bernafas. Audah ke klinik dan doktor beri ubat tahan sakit dan minyak urut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- tonsil membengkak
- alahan
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.