
Sulit
3 tahun
Kerongkong tidak rasa selesa
Hai doktor , sekarang kerongkong saya rasa tak selesa bila telan air liur terasa mcm tersekat sesuatu tapi bila saya cuba keluarkan melalui muntah atau kumur tetap sama . Kerongkong saya rasa tidak selesa sudah seminggu bagaimana jalan penyelesaian ye

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kerongkong ketidakselesaan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- radang tonsil
- karang tonsil
- radang tekak
- masalah struktur esophagus
- refluks asid atau GERD
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.