ronaldrico890
3 tahun
Keronkong terasa panas
Sejak semalam saya rasa dalam keronkong terasa panas.Adakah ia serious?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi saya memahami gejala yang anda alami.
Akan tetapi, bagi masalah sakit tekak, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.